PENGENALAN
- Menurut Abdul Halim Mohd Hussin (2006), sejarah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia bermula sekitar tahun 1940-an.
- Pada tahun 1939, Mc Kenzie memperkenalkan buku bertajuk “A guide to careers in Malaya for parents, teachers and pupils”. Buku ini dijadikan panduan oleh guru-guru di sekolah untuk membantu proses penempatan pelajar ke sektor pekerjaan.
- Sejak awal tahun 1960an, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah diperkenalkan di dalam sistem persekolahan di Malaysia. Pada masa itu, perkhidmatan ini lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran.
CIRI-CIRI GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
1. Kemesraan
- Menurut pandangan tokoh Rogers ( 1961 ), seorang guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan mestilah bersikap mesra, menunjukkan keyakinan, dan boleh dipercayai. Beliau juga berpendapat bahawa persepsi klien terhadap sikap seorang kaunselor lebih penting daripada teori atau kaedah yang diperolehi.
- Sifat mesra seorang kaunselor akan dapat dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda seperti tidak malu untuk mengeluarkan perasaan, selesa dan rasa diterima oleh kaunselor.
2. Kejujuran
- Sikap kejujuran bermaksud kebolehan menyimpan rahsia. Kerahsiaan merupakan aspek yang sangat penting dan perlu memberi perhatian yang secukupnya.
- Kepercayaan yang diberikan oleh pelajar, guru dan ibu bapa terhadap diri kita tidak boleh disia-siakan dengan sesuka hati.
- Guru bimbingan dan kaunseling perlu ikhlas dalam memberi bimbingan tanpa mengharapkan sebarang balasan dan jujur dalam melaksanakan tugas tanpa ada niat lain disebalik pertolongan yang diberikan.
3. Menerima Tanpa Syarat
- Penerimaan tanpa syarat terhadap pelajar bermaksud guru menerima diri pelajar yang sebenarnya.
- Penerimaan tanpa syarat adalah sikap menerima dan tidak menilai pengalaman lampau pelajar.
- Pelajar akan bebas menjadi dirinya dan dia akan dihormati di atas emosi dan kelakuan yang ditonjolkan selagi ianya tidak mencabar perhubungan menolong. Secara tidak langsung, pelajar menyedari bahawa guru kaunselor percaya mereka mempunyai maruah dan harga diri.
- Menurut Gladding (2003), beliau menyatakan bahawa apabila perhubungan antara keduanya kukuh, penerimaan kaunselor menjadi lebih bersyarat untuk membantu klien ke arah yang lebih positif.
- Tanpa mengenakan syarat seperti ini, klien akan dapat berasa ketulenan guru kaunselor untuk menolongnya dan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlak kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.
4. Empati
- Empati bermaksud seseorang itu cuba mendengar dan memahami situasi yang dialami oleh orang yang dibimbing dan cuba meletakkan dirinya pada permasalahan yang dihadapi oleh orang yang dibimbing.
- Noriah (2005) pula menyatakan empati membolehkan seseorang mengurus kehidupan dengan baik. Oleh itu, ciri ini memerlukan guru kaunselor mempunyai kefahaman empati yang tepat.
- Guru kaunselor haruslah berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat merasai, mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam objektifnya dari realiti yang sebenar.
5. Sikap Terbuka
- Guru kaunselor mestilah mempunyai sifat keterbukaan dalam sesi pehubungan dengan klien. Hal ini demikian kerana ia dapat menggalakkan klien untuk meluahkan pemikiran dan perasaan yang dihadapinya.
- Guru kaunselor perlu bersikap terbuka terhadap perkongsian pengalaman dan nilai dirinya ke atas klien. Guru kaunselor dapat menerima bahawa setiap individu mempunyai keunikannya tersendiri dan menghormati perbezaan antara mereka.
0 comments:
Post a Comment